Friday, 30 August 2013

Warkah Terakhir ........

Kepada :
George W Bush dan Dick Cheney.

   Saya warga Amerika Syarikat (AS) mewakili veteran perang Iraq menulis surat ini bagi pihak 4,488 askar dan Marin yang meniggal dunia di Iraq. Saya menulis surat bagi pihak beratus ribu veteran tercedera dan bagi pihak meraka yang mengalami kecederaan fizikal dan psikologi serta kemusnahan hidup. Saya salah seorang daripada mereka yang cedera parah. Saya lumpuh ketika serang hendap pada 2004 di Sadr City. Hidup saya kini berada di penghujung di bawah penjagaan hospital.

    Saya menulis surat ini bagi mewakili suami, isteri dan balu. Saya menulis surat ini bagi mewakili anak - anak yang kehilangan ibu bapa, ibu dan ayah yang kehilangan anak - anak dan penjaga yang terpaksa menjaga sebahagian dariapa kami yang kehilangan ingatan.

     Saya menulis surat ini, bagi pihak veteran perang yang masih trauma dan berasa jijik terhadap diri sendiri selepas bertindak membunuh diri di Iraq. Saya menulis surat ini bagi mewakili 1 juta askar yang terkorban di Iraq. Saya menulis surat ini bagi semua pihak mangsa perang yang menghabiskan sisa hidup dalam kesakitan dan kesedihan.


Ini adalah surat terakhir dari saya untuk BUSH dan CHENEY .......

     Saya menulis surat ini bagi menyedarkan anda tentang pembohongan yang telah anda lakukan terhadap sikap kerakusan kuasa dan tamak. Saya menulis surat ini sebagai gambaran jelas tentang apa yang anda telah lakukan di Timur Tengah terutamanya di Iraq.

      Anda boleh menegakkan keadilan, tetapi di mata kami, anda bersalah atas setiap jenayah perang, merompak, membunuh hingga tercetusnya pembunuhan beribu - ribu belia Amerika Syarikat (AS) termasuk rakan - rakan veteran. Jawatankuasa anda memungut berjuta dolar kekayaan unutk kepentingan peribadi di atas keistimewaan dan kuasa. Namun, kekayaan itu diperoleh dengan menghantar kami untuk berjuang sehingga bermati - matian di Iraq. Hakikatnya, anda seorang pengecut dan mementingan diri sejak sedekad lalu. Anda tidak sanggup mengadai nyawa untuk kepentingan negara. Anda mengamggap tentera AS sebagai sampah ! 

      Saya menyertai pasukan tentera dua hari selepas serangan 9/11. Saya menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat negara saya diserang. Selepas kejadian itu, saya nekad melakukan serangan balas kerana mereka membunuh kira - kira 3,000 warga senegarasaya. Jika saya tahu sikap anda sebegini, sumpah !! Saya tidak akan menyertai pasukan tuan. Jika saya tahu Iraq tidak pernah menimbulkan ancaman kepada negara ini, sumpah !! Saya tidak akan menyertai pasukan tentera.

       Saya tidak akan menyertai pasukan tentera sekiranya saya hanya diperlukan untuk 'membebaskan' Iraq atau menutup kegiatan haram penjualan senjata atau melayan sikap sinis anda yangmengelar operasi ini sebagai membentuk 'demokrasi' di Baghdad dan di Timur Tengah. Sya tidak akan menyertai tentera sekiranya saya tahu peperangan ini melibatkan perbelanjaan AS$3 trilion ( RM 9 trilion ). Sekiranya saya tahu muslihat anda, saya tidak akan menyertai tentera unutk menjalankan kekerasan perang kerana ianya menyalahi undang - undang antarabangsa dansebagai seorang tentera di Iraq, saya baru sedar, saya sebenarnya bersubahat dengan jenayah perang anda.

       Perang Iraq adalah kesilapan strategik terbesar dalam sejarah AS, jika anda ingin tahu. Kini, kami sedar kami digunakan, dikhianati dan akhirnya disisihkan. Adakah anda rasa anda tidak dibelenggu dengan dosa ? Tidak kesal dengan dosa membunuh ?? Perbuatan kekejaman yang anda lakukan untuk kepentingan sendiri ? Saya bukan seagama dengan anda. Tetapi saya percaya adanya hari pembalasan, karma dan perhitungan antara saya dan anda kelak. Saya harap, anda akan berhadapan dengan hukuman undang - undang. Tetapi, apa yang lebih saya harapkan, anda carilah keberanian diri untuk menghadapi mangsa - mangsa seperti kami.

        Kata akhir dari saya, sebelum saya meniggal dunia, mohonlah maaf kepada rakyat AS dan rakyat Iraq serta seluruh rakyat Timur Tengah. 
       

   Yang benar,
   Tomas Young
   Bekas askar AS



Pray 4 Egypt !!
Pray 4 Syria !!
Pray 4 Palestine !! 


    

No comments:

Post a Comment